20 Pemain Dipanggil Bagi Persediaan AFC Futsal U-20

Seramai 20 pemain tersenarai untuk menyertai kem latihan pusat Fasa 1 skuad futsal bawah 20 tahun kebangsaan bermula 20 Februari hingga 25 Februari 2017.

Buat julung kalinya pasukan futsal bawah 20 tahun akan ditubuhkan bagi menghadapi Kejuaraan Futsal bawah 20 tahun AFC yang akan berlangsung pada 9 hingga 21 Mei 2017 ini di Bangkok, Thailand.

Difahamkan sebanyak 22 pasukan dari seluruh Asia akan terlibat di kejohanan yang pertama ini dan 2 finalis kejohanan ini akan membawa cabaran Asia di Olympic Youth Games 2018, di Argentina.

Berikut merupakan senarai 20 pemain yang dipanggil :

  1. Muhd Amirul Sugito (20) - Kuala Lumpur
  2. Aiman Fikri Ramli (18) - Kuala Lumpur
  3. Shah Azman Ekmal Saleh (19) - Kuala Lumpur
  4. Muhammad Nurasyraf Mohd Azle (19) - Kuala Lumpur
  5. Muhammad Farhan Khairul Anwar (20) - Kuala Lumpur
  6. Muhammad Affiq Miswan (16) - Kuala Lumpur
  7. Mohd Awalludin Mat Nawi (19) - Perak
  8. Muhammad Farikh Khabibor Rahman (20) - Perak
  9. Muhammad Umarul Hakimi Mohd Nasarudin (20) - Perak
  10. Nur Hazim Suleiman (19) - Perak
  11. Mohd Aidil Shahril Rosli (20) - Felda United
  12. Mohd Hafizi Ismail (20) -  T-Team
  13. Mohd Hafiz Ismail (20) - T-Team
  14. Amirrul Izzat Adang (20) - T-Team
  15. Muhammad Syatir Ikram Abdul Aziz (20) - T-Team
  16. Ahmad Aqil Khalis Adli Khairul (20) - Kelantan
  17. Muhammad Asfa Mohd Abiddin (18) - Kelantan
  18. Muhammad Saad Sani (19) - Melaka
  19. Mulhim Muqri Faisal (19) - PBSMM
  20. Iskandar Harun (17) - Sarawak

 

Kredit foto - Perak TBG