15 Pasukan Sah Beraksi Di AFC Women's Futsal Championship 2018

15 pasukan telah mengesahkan penyertaan untuk beraksi di AFC Women's Futsal Championship 2018 yang akan berlangsung pada 2 hingga 12 Mei depan di Bangkok, Thailand.

Kejohanan ini merupakan edisi kedua selepas kali pertama dipertandingkan pada tahun 2015 di Nilai, Malaysia.

Pada edisi pertama, skuad futsal wanita telah mencipta kejutan apabila raih kedudukan keempat tewas di tangan Thailand 4-1 di penentuan tempat ketiga/keempat.

Walaupun tampil selaku pasukan namun skuad kendalian Chiew Chun Yong ketika itu telah memberikan aksi yang terbaik.

Sebanyak 4 kumpulan bakal dibentuk dan dua pasukan terbaik setiap kumpulan akan mara ke pusingan seterusnya. Majlis undian AFC Women's Futsal Championship 2018 ini akan berlangsung di AFC House, Kuala Lumpur pada Isnin depan (5 Mac).

Senarai pasukan yang akan beraksi di AFC Women's Futsal Championship 2018:

Thailand (Tuan Rumah)
Iran
Jepun
Malaysia
China
Hong Kong
Uzbekistan
Vietnam
Bahrain
Taiwan
Lebanon
Macau
Turkmenistan
Bangladesh
Indonesia