12 Kejuaraan Dikecapi Thailand Di AFF Futsal

Gergasi futsal Asean iaitu Thailand telah membuktikan bahawa mereka adalah pasukan yang terbaik walaupun hanya menurunkan barisan muda di AFF Futsal 2016.

Mereka berjaya mengukuhkan dominasinya di Kejohanan Futsal AFF  setelah berjaya meraih kejuaraan buat kali ke 12 di AFF Futsal 2016 semalam.

Sejak kejohanan ini diadakan pada 2001 sehingga kini sudah 13 kali kejohanan ini diadakan.

Pasukan Thailand hanya sekali tidak meraih kejuaraan di kejohanan ini iaitu pada tahun 2010 berikutan mereka tidak menyertai edisi tahun itu bagi persediaan untuk ke piala dunia. Kesempatan itu berjaya diambil oleh pasukan Indonesia untuk menjuarai edisi tahun 2010.

Kejayaan Thailand untuk menjadi pasukan terbaik dari Asean dan Asia adalah berikutan mereka mengambil serius mengenai sukan ini. Mempunyai Liga yang Profesional, barisan skuad pelapis yang banyak, program pembangunan yang baik, dan sokongan penyokong serta pemerintah terhadap sukan ini menjadikan mereka sangat luar biasa.

Selepas ini Thailand kembali menjadi saingan di sukan SEA 2017 di Malaysia pada bulan Ogos ini. Pasti mereka akan tampil dengan pasukan yang lebih kuat dan bersedia.

Berikut merupakan kejuaraan yang berjaya diraih pasukan Thailand sepanjang Kejohanan Futsal AFF berlangsung

Malaysia (2001) - Thailand

Malaysia (2003) - Thailand

Thailand (2005) - Thailand

Thailand (2006) - Thailand

Thailand (2007) - Thailand

Thailand (2008) - Thailand

Vietnam (2009) - Thailand

Vietnam (2010) - Indonesia

Thailand (2012) - Thailand

Thailand (2013) - Thailand

Malaysia (2014) - Thailand

Thailand (2015) - Thailand

Thailand ( 2016) - Thailand