10th UiTM International Sports Fiesta (UiSF) 2015

Kejohanan Antarabangsa UiTM bakal memulaikan tirainya pada hari ini. Kejohanan ini telah mendapat sokongan daripada institut pengajian tinggi di sekitar Asia membuatkan kejohanan ini dianjurkan setiap tahun dan pada tahun ini telah masuk edisi ke 10.

Pada edisi kali ini sebanyak 8 acara sukan akan dipertandingkan iaitu Badminton, Futsal, Bola Jaring, Bola Keranjang, Ragbi, Tenis, Ping Pong, dan Tenpin Bowling. Antara negara yang mengambil bahagian adalah Indonesia, Thailand, Brunei, Filipina, Sri Lanka, Pakistan dan Singapura.

Bagi acara futsal yang bakal berlangsung di Triways Sport Center, Shah Alam sebanyak 8 pasukan dari institut pengajian tinggi sekitar Asia akan mengambil bahagian pada edisi kali ini namun juara bertahan edisi tahun lalu iaitu Universitas Trisakti daripada Jakarta,Indonesia tidak mengambil bahagian pada kali ini dan ini memberi peluang buat pasukan tuan rumah untuk merebut kejuaraan apabila mereka hanya sekadar berada di tempat ketiga pada edisi tahun lalu.

Antara pasukan yang mengambil bahagian acara futsal bagi pada edisi ke 10 ini adalah :
Universiti Teknologi Mara (UITM), Malaysia
Universitas Padjadjaran, Bandung, Indonesia
Institut Teknologi Bandung, Indonesia
Universitas Gadjah Mada, Indonesia
Perbanas Institute Jakarta, Indonesia
Universitas Pendidikan Indonesia
University of Sargodha, Pakistan
Institute of Engineering and Technology , Pakistan

Foto Oleh : Universiti Teknologi Mara

Info lanjut kejohanan boleh dilayari di >> http://pusatsukan.uitm.edu.my/