10 Perkara Yang Anda Patut Tahu Mengenai Pemain Skuad Futsal Kebangsaan

Jika anda sudah lama bersama dengan satu pasukan pasti anda akan kenal karakter setiap pemain dan coach yang memberikan satu kenangan indah bersama. Arena Futsal Malaysia sempat untuk bertanya kepada pemain senior pasukan futsal kebangsaan , Khairul Effendy Bahrin 10 perkara yang anda patut tahu.

Jom kami kongsikan.

AFM : Siapkah pemain yang paling banyak merunggut?

Ayon : Sudah semestinya Saiful Aula. Dia seorang yang suka merungut tetapi kadang kala rungutannya itu nampak seperti sesuatu yang lucu.

AFM : Siapa penghibur lara dalam pasukan. (paling kelakar)

Ayon : Azwann Ismail @ Dekwan. Perangai dia memang sering membuatkan kami sepasukan tak kering gusi. Dekwan memang kelakar orangnya.

AFM : Siapa pemain paling pendiam?

Ayon : Ada 2 pemain paling pendiam dalam pasukan ini. Ridzwan Bakri dan Awalludin Mat Nawi. Awal mungkin sebab dia budak baru. Iwan tak tahu la orang Sabah memang pendiam rasanya.

    

AFM : Siapa pemain paling lambat bersiap?

Ayon : Syed Aizad Daniel @ Ijat paling lambat bersiap. Tak tahu la apa dia buat lama-lama.

AFM : Siapa pemain paling bergaya/stylo?

Ayon : Soalan ini paling susah dan saya suka. Pemain paling bergaya dan stylo tak kira atas padang atau luar padang mesti la saya sendiri, Khairul Effendy Bahrin @ Ayon.

AFM : Siapa pemain paling berdisiplin?

Ayon : Pemain paling berdisiplin saya calonkan Saiful Nizam. Memang dia selalu paling cepat dan on time.

AFM : Siapa pemain paling kuat makan?

Ayon : Paling kuat makan mestilah Aidil Shahril Rosli.

AFM : Siapa pemain paling kuat garang?

Ayon : Pemain paling garang dalam pasukan adalah Kapten kami Firdaus Razali @ Bongek. Dia antara pemain paling senior dan sebab itu dia garang.

AFM : Siapa pemain paling kuat tidur?

Ayon : Pemain paling kuat tidur adalah Azri Rahman @ Botak. Kerja dia tidur saja.

AFM : Jurulatih pasukan anda seorang yang…..

Ayon : Coach Yong adalah seorang yang tegas dan mudah untuk bekerjasama. Terima kasih coach.