Nazrin Mazlan pemain terbaik Liga Super

Pengalaman pemain muda ini yang pernah beraksi di Liga Futsal Kebangsaan banyak membantu corak permainan beliau sepanjang Liga IPT berlangsung dari pusingan kelayakan lagi.

Pemain yang memakai jersi bernombor 7 bagi pasukan UNIKL BMI ini sering menjadi nadi bagi pasukan beliau dan ia terbukti apabila beliau berjaya menjadi penjaring terbanyak bagi pasukannya dengan 13 jaringan secara kesuluruhan.

Muhammad Nazrin Mazlan turut diangkat sebagai pemain terbaik bagi Liga Super futsal liga ipt baru-baru ini dan kejayaan beliau ini disambut dengan kejayaan pasukan UNIKL BMI peroleh tempat ketiga Liga Super, satu pencapaian yang baik daripada musim lepas.

Ikuti temubual wartawan Arena Futsal Malaysia bersama pemain yang dikenali dengan panggilan que ini.

6d8ada61-ab50-4cea-b62c-c9ebbe0ddaf3

AFM : Tahniah kerana berjaya mendapat anugerah pemain terbaik boleh anda komen sedikit mengenai pencapaian ini?

MNM : Alhamdulillah kerana dipilih sebagai permain terbaik bagi liga super liga ipt dan saya tidak menjangka dipilih sebagai pemain terbaik kerana ramai lagi pemain hebat turut berada di dalam kejohanan ini. Syukur sekali lagi kerana dipilih. Ia sebenarnya satu pencapain yang baik buat diri saya sendiri namun ia tidak akan hadir tanpa bantuan jurulatih dan rakan pasukan saya yang banyak membantu saya. Anugerah ini juga akan menjadi satu semangat buat saya untuk menambah baik mutu permainan saya.

AFM : Kehadiran pasukan UNIKL BMI pada musim ini tampak berbeza daripada musim-musim sebelum ini. Boleh dikatakan pasukan UNIKL BMI antara pasukan yang digeruni oleh pihak lawan dan pasukan anda berjaya peroleh tempat ketiga, satu pencapaian yang baik daripada musim lepas. boleh komen sedikit?

MNM : Pada musim ini alhamdulillah kami berjaya peroleh tempat ketiga bagi Liga Super futsal liga IPT 2016. Ia satu pencapaian yang baik bagi kami setelah hanya berjaya ke pusingan suku akhir sahaja musim lalu. Pada kali ini pasukan kami lebih bersedia,daripada pusingan kelayakan sehingga tamat pusingan kedua tempoh hari kesemua pemain telah menunjukkan satu komitment yang sangat baik. Kesempatan ini juga saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada barisan kejurulatihan dan pihak pengurusan yang banyak membantu saya dan rakan sepasukan dari tunjuk ajar mereka.

fa0f75af-7e4f-4ece-a902-e33dc5e24564

AFM : Anda pernah beraksi di LFK musim lepas dan ada juga merupakan wakil tunggal yang mewakili pasukan KPT-IIUM Mustang ("Malaysia University Selection"). Adakah pengalaman tersebut membantu anda di Liga IPT ini.

MNM : Ya, pada musim lepas Liga Futsal Kebangsaan saya telah mewakili pasukan KL Petaling Putra. Pengalaman bermain di LFK bersama pemain handalan dari seluruh Malaysia ini banyak membantu saya dalam mutu permainan saya. Malah segala pengalaman yang saya ada juga saya turut berkongsi bersama pasukan saya. Ya alhamdulillah saya merupakan pemain KPT-IIUM Mustang yang merupakan pasukan yang terdiri daripada pemain dari liga IPT. Banyak sebenarnya yang saya belajar daripada sesi latihan pasukan ini yang turut membantu meningkatkan mutu permainan saya.

AFM : Anda tidak kelihatan bersama pasukan KPT-IIUM Mustang baru-baru ini di Indonesia, boleh komen sedikit?

MNM : Ya, saya tidak dapat bersama mereka ke Indonesia tempoh hari kerana sedang menjalani peperiksaan. Namun saya akan kembali bersama mereka untuk menghadapi Sukmalindo yang akan berlangsung pada 23 September ini.

AFM : Harapan anda untuk diri sendiri serta pasukan UNIKL BMI menjelang Piala KFIPT hujung bulan ini?

MNM : Harapan saya agar saya dapat bermain di peringkat lebih tinggi lagi dan bagi UNIKL BMI agara kami terus mencapai kejayaan demi kejayaan.